Friday, July 30, 2010

Lawatan Amal USKT 2010 Hari Pertama (27/07/10)


Lawatan pertama di Pondok Bustanol Ariffin Kg Labohan Dagang, Banting

0930 – 0945 - Berkumpul di tingkat 11 Menara Atlan , taklimat ringkas tentang perjalanan , bantuan , peserta , keselamatan dsbnya.
0945 – 1000 - Bertolak ke Pasaraya Pak Aji ( Bumiputera Islam ) di Bandar Tun Razak berhampiran HUKM.
1000 – 1020 - ” Loading ” barang-barang keperluan dapur ke dalam kereta ”FRONTIER” seperti beras 10 kampit , minyak masak 8 botol , sardin , susu tin , gula , gandum untuk kedua-dua trip. ( Barang-barang = RM 500 , sumbangan tunai = RM 200 untuk setiap pondok )
1030 – 1105 - Sarapan pagi berhampiran Pasaraya Pak Aji .
1115 – 1150 - Berkumpul untuk susunan kenderaan sebanyak 6 buah kereta terdiri dari 2 MPV , 1 FRONTIER , 3 kereta di mana MPV En. Azman mengetuai perjalanan manakala kereta En. Rohazi di belakang sebagai ”sweeper” untuk melihat pergerakan kereta konvoi. Kereta konvoi melalui lebuh raya Maju Expressway serta EXIT di plaza Tol KLIA.
1205 – 1210 - Konvoi sampai di pintu gerbang Kampung Labohan Dagang & selamat tiba di pondok ustaz tanpa sebarang masalah. Alhamdullillah pergerakan kereta konvoi lancar dengan mematuhi peraturan jalan raya. Peserta disambut oleh mudir pondok sendiri Ustaz Ansori.
1225 – 1240 - Ucapan pengerusi majlis serta kata-kata aluan daripada Ustaz Muhammad di surau pondok di tingkat satu bersama pelajar-pelajar. Selepas itu En. Zamer berucap mewakili peserta rombongan. Di susuli dengan nasyid daripada 2 orang pelajar pondok secara spontan yang diminta oleh mudir sendiri.( Peserta rombongan di hidangkan dengan air mineral – GAU )
1240 – 1315 - Ucapan serta tazkirah pendek daripada mudir Ustaz Ansori untuk membakar semangat supaya program seperti ini diteruskan memandangkan peserta-peserta rombongan terdiri daripada muda-mudi. ( riak wajah )
1320 -1350 - Jamuan ringan disediakan di rumah ustaz. Derma kilat berjaya di kutip dikalangan peserta konvoi sebanyak RM 340. Penyerahan sumbangan RM 200 berbentuk tunai oleh En. Zamer disaksi oleh peserta beserta barang-barang keperluan dapur. Akhir sekali , sesi bergambar bersama ustaz untuk dijadikan kenangan peserta konvoi. Untuk maklumat lanjut tentang pondok ini boleh lawati http://bustanarifin.blogspot.com/ @ Ustaz Ansori – 019 3388 239
1350 – 1424 - Perjalanan untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah. Konvoi berhenti di Masjid As Syariff di bandar Banting untuk solat berjemaah, di imamkan oleh En. Kamarudin sendiri. ( jamak zohor & azar ).
1450 – 1550 - Berhenti di restoran tepi jalan untuk makan tengah hari.

Lawatan kedua Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting

1600 – 1650 - Peserta konvoi bergerak ke rumah ini dan tiba dengan selamatnya. Kami di sambut oleh Ustaz Muliana sendiri. ( pengasas ). Beliau menerangkan secara ringkas tentang rumah ini . Ada peserta konvoi yang sebak mendengar rayuannya kerana beliau sendiri ada masanya menitis air mata mengenangkan tentang cabaran yang dihadapi bersama anak-anak ini. Buat masa ini tenaga pengajar seramai 3 orang dengan bilangan anak-anak seramai 22 orang.(6 perempuan & 16 lelaki ). Rayuannya ialah untuk membangunkan siasah murid-murid ini agar satu masa nanti menjadi insan yang soleh & solehah serta diberkati kehidupan mereka. Beliau juga berharap agar dapat guru-guru di luar sana dapat mengadakan kelas-kelas tambahan ,aktiviti riadah & sebagainya untuk pelajar-pelajar ini. Keputusan peperiksaan juga diharapkan dapat bertukar warna dari merah ke biru.
1650 – 1710 - Peserta konvoi menjamu jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. Selepas itu sesi bergambar di adakan bersama Ustaz Muliana , pelajar & peserta konvoi. Ketua konvoi mengucapkan terima kasih banyak kepada semua yang terlibat dalam misi menyampaikan bantuan & ziarah ini.
1710 – 1830 - Untuk perjalanan balik ini ada peserta yang berkonvoi & pulang sendiri. Alhamdullillah kereta ”sweeper” selamat sampai di Menara Atlan. Terima kasih sekali lagi kepada pemandu-pemandu kali ini. Nantikan catatan perjalanan seterusnya.................................. Ustaz Muliana – 019 5110 367